TAGBOARD Follow




This template is made by : Jaehyun Also much help from the others :) Very much thanks for them ^^ Kamsahamnida !

Cute Bunny GraphicsResepi Puding Jagung Cik Nurul




Pon .. Pon .. Excuse me !.. Cik Nurul nak lalu sat . Hai semua . Sihat ke anda semua depan laptop tu ? Dah mandi ? Ehem .. ehem .. dah solat belum ? Belum ? Uzur ?.. Ooo , faham-2 . Yang belum tu pi lah cepat , nanti takut tertidur pulak . Nampak tak tajuk kat atas tu . Ok . Pagi ni Cik Nurul nak ajar buat Puding Jagung .

Bahan-bahannya :
1 tin jagung ( jagung yang siap ditinkan )
Setengah tin susu cair Dairi Champ
6 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji telur ayam * tak nak letak pun tak pa
Sedikit agar-agar
1 cawan tepung jagung * dibancuh dengan sedikit air
3 - 4 gelas air masak

Cara-caranya:

1. Blenderkan jagung dengan susu cair Dairi Champ , gula , garam dan telur .
2. Didihkan air dalam periuk .
3. Kemudian masukkan sedikit agar-2 . Biarkan seketika .
4. Masukkan bahan-2 yang kita blenderkan tadi tu .
5. Tarukkan 1 cawan tepung jagung.
6. Kacau sehingga puding menjadi likat . Ingat (!) Sentiasa kacau supaya tak hangit .
7. Apabila sudah likat , masukkan puding yang telah dimasak ke dalam bekas dan sejukkan .
8. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk .

Bolehlah awak-2 semua buat untuk orang tersayang . Simpe kan .
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

<$BlogItemCommentCount$> comment(s)